Kursus Penulisan Profesional Berimpak Tinggi (Surat Rasmi dan Memo) (KIB 006)
Mengenai Kursus Ini
Penerangan Kursus
Kursus ini memberikan pendedahan komprehensif mengenai kaedah penyediaan surat rasmi dan memo yang mematuhi piawaian pentadbiran serta kehendak organisasi. Peserta akan dilatih menghasilkan dokumen yang ringkas, jelas, teratur dan berimpak tinggi melalui penguasaan format, laras bahasa dan etika penulisan profesional.
Objektif Kursus:
1. Memberi kefahaman mengenai prinsip, etika dan format penulisan surat rasmi dan memo.
2. Memantapkan kemahiran menulis mesej dengan tepat, padat dan tersusun.
3. Meningkatkan keupayaan menyampaikan maklumat secara profesional untuk tindakan susulan.
4. Memastikan dokumen yang dihasilkan bebas daripada kesalahan bahasa dan selaras dengan standard sektor awam serta korporat.
Tarikh Mula
Tarikh Tamat
Kenapa Pilih Kursus Ini?
Pengajar Berpengalaman
Pembelajaran daripada pakar yang berpengalaman di bidang ini
Sijil Disertakan
Sijil penyertaan akan diberikan
Suasana Pembelajaran
Suasana pembelajaran yang ceria untuk pembelajaran yang lebih berkesan
Bahan Pembelajaran
Modul dan bahan pembelajaran yang komprehensif
Kursus Lain Yang Mungkin Menarik
Program Pembinaan Munsyi Dewan (Sastera)
Program Pembinaan Munsyi Dewan (Sastera)
Kursus Penulisan Profesional Berimpak Tinggi (Minit Mesyuarat) (KIB 007)
Kursus ini dirangka untuk memperkasa kemahiran peserta dalam...
Kursus Bijak Jawi (KIB 008)
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh mengen...